Translate

Sunday 17 March 2013

Fair for Unite, Really?

Its All About "MOM"

Assalamualaikum.
Mungkin ada antara kita berkata :

      'i hate to have brothers'
                                               'susah lah nak buat keputusan kalau ada adik beradik nih'
                                                                                                                                      'benci berkongsi'

Persoalannya. Sukar kahh nak bekerjasama? Ataupun di sebabkan faktor faktor tertentu?
Hari ini, Sight For Malaysian nak share sikit cerita berkaitan dengan adik beradik. Dari kecil, saya selalu mengidamkan ada abang, kakak, atau pun adik, (even most of the time nak adik :p) Tapi, maklum sajalah, qada' dan qadar Allah tak ada siapa boleh duga. Kan? Inilah kehidupan. Tak semua yang kita nak kita akan dapat dan tak semua yang kita benci akan pergi meninggalkan kita. Yang penting, cuba dan buat yang terbaik untuk diri sendiri. Bukan senang nak tentukan sesuatu dalam hidup ini, (~_^)

Back to the topic pleasesss....


Ok. siblings ialah istilah yang tepat untuk dikaitkan dengan cerita yang nak disampaikan untuk kali ini.
Ada kalanya, kita dengar masalah selalu timbul antara abang dan adik, kakak dan abang lah, adik dengan adik lah..semua. Susah sebenarnya nak ulas topik berkaitan dengan persaudaraan kandung ni. Sebabnya, saya tak ada adik beradik. Haha.Cumanya, hanya pendapat sajalah yang dapat saya ketengahkan.
Dulu, saya fikir

'best kan ada adik nih'
                      'mesti boleh main sama-sama, kongsi masalah semua'

itu dulu. Bila meningkat dewasa. Saya perhati, ada ja adik dan abang tak bercakap sama sendiri. Ada ja gaduh bertikam lidah sampai tak nak tengok muka dah and the even worse is bertahun tahun lamanya.
Di sini, ada satu kisah. Benda ni terjadi pada keluarga rakan karib saya sendiri.

Sehari tu, saya pergi melawat kampung halaman kawan saya ni. Hampir semua sanak saudara dia datang berkunjung ke rumah nenek dia. Pak cik, mak cik. Almost semua lahh katakan. Tiba-tiba, di satu sudut rumah tu saya terpandang si Pak Long (anak sulung dalam keluarga) kepada kawan saya ni bersembang, yang kelihatan seperti perlunya ada privacy sikit bersama nenek kawan saya. Saya nibukanlah nak jadi busy body ke apa. Cuma, bila situasi macam tu, perasaan curious tu ada dalam hati. Saya pun dengan sengaja pergi jalan area-area tu. Alaa, macam mengintip. Haha. And thendengar laa apa yang dibicarakan (opss, rahsia) . Masa bersembang, si ibu ni, bukan main baik sembang. Suara lembut semua, dan nampak macam 'mengiakan' apa yang di bicarakan tu. Sesudah itu, berangkatlah pulang si Pak Long ni balik dengan isteri dia.

3 minit kemudian...

Sementara menonton televisyen, dengarlah bunyi motosikal dari luar rumah. Saya jenguk lah dari tingkap dengan hasrat nak tahu siapa yang datang sebenarnya. Rupa rupanya si Pak Usu kepada kawan saya nih yang baru nak sampai rumah. Saya pun ignore je lah. Selepas beberapa minit, saya terdengar perbualan si nenek dengan si Pak Usu kepada kawan saya nihh. Kedengaran seperti si nenek ni memburuk burukkan si Pak Long tadi tu. Yang si Pak Usu ni kelihatan macam marah marah dekat Pak Long ni. Sejak dari tuu sayan hairan, 

'tadi, tok ni cakap ok je, pasaipa (kenapa) dia cakap lagu (macam) tu pulak..'
                      'tadi macam biasa ja, kenapa dok pusing ceqita plak (putar belit cerita pulak)'

Aduh. Pening saya di buatnya. Saya tanya lah kawan saya nih. 

                                                                            "memang macam ni ehh family tok hang (kau)"
"lebih kurang laa"
                                                                            "ohh ok.."

Sejak dari tu, saya sedar satu benda. Sebenarnya, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam mengukuhkan hubungan antara anak beranak atau pun adik beradik. Bukan bermaksud saya nak salahkan si nenek tadi, cuma nak perjelaskan di sini bahawa, si ibu perlu lah menjadi 'kaunselor' yang terbaik dalam memberi 'kaunseling' kepada anak anak. Anak ini datang dari rahim si ibu ini sendiri, sarat mengandung 9 bulan, bawa ke hulu ke hilir, dan memastikan si anak itu sihat dan berada dalam keadaan yang baik. Dan pastinya, si ibu lebih arif tentang perangai anak anak dia. Kerana itu adalah keistimewaan kurniaan Allah S.W.T kepada ibu. 
Dari sini, dapat di simpulkan bahawasanya, ibu merupakan jambatan keakraban ataupun ukhwah anak anak. Bukanlah bermaksud seratus peratus bergantung pada ibu tetapi sebahagia besar bersatu padu itu datangnya dari ibu. Semua orang tak lari dari hakikat tentang "syurga itu di bawah tapak kaki ibu" tidak kira lah anak sulung mahupun bongsu. Selagi datangnya anak itu dari rahimnya yang sama mereka tetap bergantung dari keredaan ibu dan "syurga" dari ibu yang sama.



Dan kepada ibu sekalian, anda merupakan mentor serta pembimbing kepada anak anda dan merupkan tali yang menghubungkan mereka. Jadilah pemimpin wanita yang sangat sangat adil dan saksama. Pastinya, akan di sanjung di akhirat nanti. Ketegasan ibu itu penting demi penyatuan anak anak. 

Wallahuallam

Friday 15 March 2013

New blog! New start! Lets have our journey!

Mukhadimah


Discription/About Me


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum, Better saya mula dulu dengan biodata diri. Nama diberi Muhamad Syakir Bin Abdul Jalim picture : (right one). Menetap di Sungai Petani Kedah Darul Aman. For sure i am Kedahans. Baru sahaja menamatkan pengajian di Kolej MARA Kuala Nerang program asasi Universiti Kuala Lumpur. Berumur 18 tahun and menjadi 19 tahun pada tanggal 27/3 ini. Sangat sukakan 'colour' oren. Anak tunggal. Seorang yang ingin 'berkongsi, mencari dan melalui' pengalaman. Sangatlah sukakan pengembaraan

Hari ni 15/3/2013 - First time ever handling blog

Apa khabar semua. Sight for Malaysians is inspired by my parents 
and all my friends. Baru nak berjinak pinak nak buat blog. Jadi, kepada sesiapa yang membaca minta diberi tunjuk ajar lah kepada saya. Al maklum sajalah, pepatah melayu pun menyebut "Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"

(n_n)v

Yang paling penting, kehidupan sepatutnya dikongsi. Nilai paling berharga dalam kehidupan ialah tak lain tak bukan pastinya pengalaman. Nilai positif ini juga jangan lah dipersiakan, yalah.. Manusia ni kadang-kadang bila berada 'di atas' sikit atau pengalaman dia dah banyak, mula lah dia nak 'test' orang-orang yang 'mentah' dan cetek pengalaman nih. Kalau yang baik takpe ni yang tak berapa nak baik nihh tak berapa nak bagus

Sight For Malaysians juga di mana saya 'dedikasikan mata saya' kepada Malaysia. Pelik kan? Jangan lahh pelik. Try faham maksud sedalamnya. Sebenarnya, dengan mata lah kita kenal kotor dan bersih, cantik dan hodoh, besar atau kecil, and so on. Jadinya, blog ini sebenarnya bertujuan untuk menjadikan saya sebagai pemerhati tentang apa yang sebenarnya perlu dipelajari, apa yang terjadi di sekeliling saya dan share dengan anda semua. Tak pelik kalau kita sendri nak ubah mentality dan tune sedikit fikiran Malaysia especially kaum saya sendiri Melayu Islam.

Blog ini hanya ada satu matlamat dan harapan which is bagi mengubah sudut pandang dan perspektif rakyat Malaysia and also bersama sama set kan minda jadi seorang yang lebih bertamadun.


Tak Bertamadun kah?


I mean bukanlah sekarang ini kita tak bertamadun. Cumanya, ingin 'menjadi lebih baik dari semalam' seperti saranan Nabi Muhamad S.A.W. Kan?

(~_^)
Dunia penuh rintangan dan cabaran. Cuma manusia sahaja yang ingin tempuhi atau hanya berdiam diri tanpa reaksi. Melayu ada sejarahnya sendiri same goes to Cina dan India and also other races. Tapi, hari demi hari, masa membawa kita ke arus yang kadang-kadang kita menjadi leka kan tentang kehidupan yang sebenar, bertamadun.

Jom kongsi!

Hari ni, sejak pagi sehingga lah sebelum menunaikan solat jumaat, saya sibuk dengan urusan-urusan bank. Biasalah, student, sibuk sikit nak daftar bank. Setelah siap dan dapat kad bank, ayah cakap lah suruh buat Internet Banking. Sekali tuh, saya cakap lah "Kalau boleh nak buat internet banking sekali". Seorang officer muda ni cakap direct dekat saya, "Kena register sendiri dik, pergi dekat mesin ATM" . Full stopI wonder,
"macam mananya nak daftar?" 

                                                "takkan pergi dekat mesin, cakap dekat mesin 'Saya nak daftar
                                                                internet banking' dan terus dapat daftar"

"adiuyaii, macam mana nih"

Saya pun reply lah dekat officer tu, "Ok". Suddenly, ada officer yang tua ni panggil dan cakap dekat saya, 'Dik, mai sini mak cik nak habaq (beritahu), adik ambil kertas ni ikut step yang dia dah guide kan untuk adik. Mula-mula guna mesin ATM lepas tu guna internet untuk daftar. Kalau tak tahu, cari dekat counter depan tu suruh dia ajar untuk step yang guna internet ni." Lepas mak cik tu bagitau. Rasa lega lah sikit. Tak adalah rasa kekok sangat nak explore mesin ATM and so on

Apa yang nak disampaikan dari cerita ni sebenarnya? Perasan tak saya ada mention officer muda dan tua
Di sini, pengalaman mengajar kita menjadi lebih cekap dan lebih effektif dalam pelaksanaan tugas harian orang lain mahu pun diri kita sendiri. In fact , mempercepatkan urusan dan kerja. Dari sini, dapatlah disimpulkan, belajar banyak tidak rugi, malah menjadi kemudahan di kemudian hari nanti. Kalau kita mudahkan kerja orang orang akan mudahkan kerja kita. Hidup ini kan ibarat roda? Bukanlah bermaksud saya nak perlekehkan officer muda tu, cuma nak jadikan reference kepada anda tentang jurang pengalaman dan pandangan. Mungkin dari satu sudut, officer muda tu anggap perkara itu mudah dan senang nak kendali, mungkin jugak dari satu sudut yang lain officer  yang satu lagi faham cara yang lain. Itulah yang dikatakan 'lagi banyak kita kenali dunia lagi banyak perkara yang kita akan nampak' dan nilai ini dibuktikan sendiri oleh mak cik tu walaupun secara tidak langsung.

Wallahuallam.