Translate

Tuesday 21 May 2013

Gila dan 'Buta'

Cerita apa pulak ni?

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.  Tidak dinafikan bahawasanya dalam negara Malaysia sendiri terdapat golongan-golongan yang 'istimewa' kurniaan tuhan. 'Istimewa' yang dimaksudkan di sini ialah golongan-golongan yang tidak waras.
  "Eh?"
                       "Dah kenapa pulak dengan saya nih?"
                                                                        "Tiba-tiba nak menulis tentang orang yang tak waras?"
(n_n)

'Some of us' mungkin akan bermonolog sebegini....

"Hish, takut lah dengan orang gila nih"
                     "Kena duduk jauh-jauh nihh"
                                               "Bahaya lah dik, jangan pergi dekat-dekat"

selalunya lah, kita bila dah berhampiran dengan insan sebegini, mungkin itulah tanggapan kita? 'Maybe'.. Tak semestinya saya betul kan? Cumanya, sepanjang perhatian saya itulah reaksi rakyat kita sekarang ni. Persoalannya, adakah anda sudah mengalami situasi seperti mana tanggapan anda itu? Bahaya kah? Kasar sangat kah? Jom, bersama-sama Sight For Malaysian, kita kongsikan sedikit sebanyak pendapat atau pengalaman yang ada mudah mudahan dapat memberi inspirasi ataupun sekadar kebaikan kepada semua. Maklum sajalah, lain orang lain cerita, lain pengalaman. Kan? (n_n)

Ali dan 'Mata' orang...

Ali? Kenapa tiba-tiba pulak dengan "Ali"? Siapakah dia

Ali merupakan seorang yang tak asing dalam hidup saya. Walaupun tiada pertalian saudara, namun sedikit sebanyak saya telah mengnali Ali. Selalunya, saya akan ke sebuah restoran mamak untuk mengisi perut. Maklum sajalah, favorite saya ialah nasi kandar. Selalunya, insan yang bernama Ali akan berlegar-legar di kawasan berdekatan restoran tersebut. Saya ni biasalah, bila berjumpa dengan Ali atau terserempak dengan Ali, saya mula lah "jadi" macam dia jugak. Hahahaha Ey, jangan 'consider' saya ni macam Ali ehh.. Huh.

Itu sahaja kah ceritanya? Baik tak payah cerita.. :D

Sebenarnya, di mata kita, kita selalu salah tafsir atau salah anggap terhadap insan seperti Ali ni. Pernah kita terfikir yang, apakah Ali mahu jadi seperti itu? Itu persoalan utama yang sebenarnya kita kena rungkai. Bagi saya, bila bertemu dengan Ali, saya merasakan sebenarnya dia tidaklah 'segila' mana. Termasuk lah mana mana manusia yang ada di koridor ke, bahu jalan ke, jambatan ke, atau di mana mana saja yang kelihatan keseorangan. Cuba kita cekalkan hati dan cuba kita tegur dia secara berhemah dan penuh kasih sayang. Saya pasti, anda semua akan mendapat satu tindak balas yang di luar jangkaan. Seperti, senyuman atau panggilan encik/cik atau kalau kita rasa kita cukup berani. Cuba kita ajukan soalan yang bermula dengan "KENAPA".. Saya yakin, akan ada beribu ribu jawapan yang mungkin keluar dari mulut beliau. Maklum sajalah, mentaliti kita menganggap mereka tidak waras, jadi, tak hairan lah kalau aneka jawapan diberikan. Sepanjang pemantauan saya, saya merasakan, insan insan ini sebenarnya berada dalam situasi kelaparan, kesunyian, ketenteraman yang tidak pasti. Kadang kala, sedar atau tidak, sebenarnya mereka ini lah mengajar kita bagaimana untuk menjadi insan yang lebih bertamadun dan "on top of that" sebenarnya banyak nilai murni kita boleh dapat dari insan sebegini.

(n_n)v

Jadi, kesimpulannya di sini "is" kita yang dikurniakan akal fikiran yang waras, mampu bergerak dengan selesa, cukup makan minum, bertenaga dan semualah yang positif.. Seharusnya, kita menjadi pembimbing kepada mereka atau menghulurkan tangan bekalkan apa apa yang patut atau sekadar menemani hari mereka. Ingatlah, busuk bukan bererti hina, hodoh bukan bererti dibenci dan gila bukan bererti dipinggirkan. Sekian untuk kali ini. Moga diambil iktibar. Dengan Izin Allah. Wallahuallam

                                          (gambar hiasan)